- Lain-lain
Usaha Perlindungan, Pemeliharaan Warisan Kebudayaan China Harus Dicontohi
Usaha China dalam melindungi dan memelihara warisan kebudayaan wajar dipuji serta dicontohi oleh Malaysia.
Penasihat di Kedutaan Besar Malaysia di China, Azlan Abu Bakar ketika diwawancara People’s Daily Online berkata, pendekatan negara Tembok Besar khususnya untuk menarik minat generasi muda agar dapat mewarisi kebudayaan harus dipelajari.
Foto Penasihat di Kedutaan Besar Malaysia di China, Azlan Abu Bakar semasa semasa aktiviti pertukaran kebudayaan yang bertemakan ‘Entering Chinese Civilization - Maritime Silk Road Imprint, World Heritage Quanzhou’ di Beijing Language and Culture University, pada 27 September 2024. (People’s Daily Online/Wang Jing)
“China mempunyai sejarah kebudayaan yang panjang dan mereka dilihat agresif untuk memeliharanya.
“Kita (Malaysia) perlu bersama-sama dan berkolaborasi dengan mereka bagi mempelajari bagaimana mereka melakukannya,” ujar beliau.
Azlan turut positif bahawa Malaysia juga mampu berbuat demikian sekiranya usaha bersepadu antara pelbagai pihak termasuk ahli pakar dan kerajaan dapat dilaksanakan.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas aktiviti pertukaran kebudayaan yang bertemakan ‘Entering Chinese Civilization - Maritime Silk Road Imprint, World Heritage Quanzhou’, hari ini.
Setiausaha Agung PusatASEAN-China, Shi Zhongjun dalam ucaptamanya menyifatkan generasi muda sebagai masa depan dan kuasa utama hubungan ASEAN-China dan persahabatan yang berkekalan.
Setiausaha Agung Pusat China-ASEAN, Shi Zhongjun sedang menyampaikan ucaptama semasa aktiviti pertukaran kebudayaan yang bertemakan ‘Entering Chinese Civilization - Maritime Silk Road Imprint, World Heritage Quanzhou’ di Beijing Language and Culture University, pada 27 September 2024. (People’s Daily Online/Wang Jing)
Jelasnya, pertukaran mesra antara belia China dan ASEAN telah mempromosikan warisan dan pertukaran budaya, meluaskan wawasan global dan merangsang kreativiti belia.
Sementara itu, Naib Datuk Bandar Quanzhou, Yao Fei ketika ditemui turut menyatakan kesediaan Quanzhou untuk bekerjasama dengan negara-negara di sepanjang Laluan Sutera Maritim purba untuk meneroka lebih lanjut nilai budaya.
Foto Naib Datuk Bandar Quanzhou, Yao Fei semasa aktiviti pertukaran kebudayaan yang bertemakan ‘Entering Chinese Civilization - Maritime Silk Road Imprint, World Heritage Quanzhou’ di Beijing Language and Culture University, pada 27 September 2024. (People’s Daily Online/Wang Jing)
Beliau juga memberitahu bahawa pihaknya mahu menjalankan kerjasama ekonomi dan perdagangan yang praktikal, pertukaran budaya, mengamalkan Inisiatif Tamadun Global dengan lebih baik, selain mempromosikan persahabatan serta kerjasama antara Quanzhou dan negara-negara di sepanjang Laluan Sutera Maritim.
- Tiba Masa Manfaatkan Momentum Kerjasama E-dagang
- Memperdalam Kerjasama China-ASEAN Menguatkan Pertumbuhan Global
- Sinergi China-ASEAN Dari Perspektif Satelit
- China, ASEAN Mudahkan Mobiliti Keanggotaan
- CAECW 2024 Buka Tirai, Tawar Lebih 70 Aktiviti
- Peralihan Syarikat China ke Pembuatan Berteknologi Tinggi di ASEAN Beri Manfaat
- Wang Yi Ucap Tahniah kepada Minggu China-ASEAN
- Dialog Tadbir Urus Digital China-ASEAN di Guilin
- China dan Lima Negara ASEAN Adakan Kempen Antidadah 2024
- Kemajuan Guangxi dalam Pembinaan Hab Pengangkutan Berorientasikan ASEAN