• <small id="eeeee"></small>
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • 
    
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • <sup id="eeeee"><code id="eeeee"></code></sup>

    日本强奷中文字幕在线播放,极品午夜福利1000在线,18禁精品久久久国产精品久久久,另类小说在线观看

    Bagai Aur dengan Tebing, Malaysia dan China Saling Bantu, Saling Untung

    (Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Isnin 23 September 2024

    Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengadakan lawatan rasmi ke China pada 19 hingga 22 September, atas undangan Presiden China Xi Jinping.

    Profesor Zhai Kun dari Sekolah Hubungan Antarabangsa Universiti Peking dalam satu temu bual bersama People’s Daily Online baru-baru ini menekankan perkaitan rapat komunikasi serta koordinasi dasar diplomasi dan strategik pemimpin kedua-dua negara. Beliau yang juga naib dekan Institut Pengajian Wilayah di universiti sama, melihat perkara ini sebagai landasan untuk menggariskan cetak biru pembangunan hubungan China-Malaysia, yang juga akan menentukan hala tuju masa depan pembinaan komuniti berkongsi masa depan dua negara.

    Seperti yang diketahui umum, tahun ini merupakan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik China dan Malaysia, dan juga Tahun Persahabatan China-Malaysia.

    Prof. Zhai Kun menyatakan bahawa dalam tempoh 50 tahun lalu, ikatan antara China dengan Malaysia telah membawa kepada komunikasi di pelbagai peringkat, kerjasama melibatkan segenap aspek serta kemajuan yang cukup memberangsangkan, sekali gus menerajui hubungan China-ASEAN.

    Daripada detik bersejarah pada tahun 1974, kepada penubuhan perkongsian strategik komprehensif pada 2013, sehinggalah pengumuman untuk bersama-sama membina komuniti berkongsi masa depan pada 2023, China dan Malaysia bukan sahaja tidak henti-henti memperdalam pertukaran di peringkat tinggi, malahan merancakkan lagi interaksi dua hala di pelbagai peringkat dan jabatan, menggalakkan hubungan bilateral berkembang ke arah yang lebih mantap dan praktikal.

    Menurut Prof. Zhai Kun, China dan Malaysia sentiasa memandang konsep saling percaya dalam politik sebagai asas dan mengambil pendekatan yang sejajar dengan keadaan semasa, dengan mengutamakan pembangunan serta kepentingan rakyat. Dalam berbagai-bagai bidang termasuk politik, ekonomi dan kemanusiaan, kedua-dua pihak terus-menerus memperdalam konotasi dan memperluas skop kerjasama, dalam usaha untuk membina hubungan yang lebih matang, stabil dan kukuh.

    Katanya, perkembangan stabil hubungan bilateral antara China dengan Malaysia bukan sahaja menyediakan sokongan padu bagi kerjasama perindustrian, pertumbuhan ekonomi dan kemajuan sosial kedua-dua negara, bahkan jauh melangkaui sempadan dua negara dengan sumbangan positif kepada keamanan, kestabilan dan kemakmuran bersama Asia Tenggara serta rantau-rantau lain.

    Pada 31 Mei lalu, Presiden Xi Jinping dan PM Anwar Ibrahim saling mengutus ucapan tahniah sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik China-Malaysia. Xi dalam perutusannya menegaskan bahawa hubungan kedua-dua negara telah sampai ke satu titik permulaan baharu dalam sejarah. Beliau mahu bersama-sama Anwar memimpin pembinaan komuniti berkongsi masa depan agar melakar hasil baharu yang membawa manfaat lebih besar buat rakyat kedua-dua negara. Xi juga nekad untuk bergabung tenaga demi sumbangan lebih besar kepada kemakmuran dan kestabilan serantau, serta hubungan dua hala yang lebih gemilang sepanjang 50 tahun akan datang.

    “Usaha diplomasi oleh dua pemimpin negara adalah jaminan asas untuk perkembangan lanjut hubungan China-Malaysia,” ujar Prof. Zhai Kun.

    “Ungkapan seperti ‘bot yang sama’ dan ‘saling bantu’ dapat mencerminkan perkembangan dan pencapaian kerjasama China-Malaysia di bawah pimpinan usaha diplomasi dua ketua negara. ‘Bot yang sama’ melambangkan pertukaran ideologi yang tinggi antara China dengan Malaysia pada era baharu kerjasama ini. Kedua-dua pihak akan bekerjasama menggalakkan perkembangan selanjutnya. ‘Saling bantu’ pula menggambarkan kepentingan bersama serta wawasan pembangunan kedua-dua negara dalam bidang-bidang kerjasama khusus.

    Mengimbau kembali kemajuan yang telah dilakar dalam pembinaan komuniti berkongsi masa depan China-Malaysia, Prof. Zhai Kun menyatakan bahawa sinergi ekonomi dan perdagangan dua hala semakin diperdalam, infrastruktur utama terus bertambah maju, pertukaran budaya dan pendidikan rancak dan rapat, dorongan inovasi dan teknologi adalah ketara, manakala konsensus telah dicapai dalam koordinasi hal ehwal antarabangsa.

    Pada masa hadapan, China dan Malaysia juga akan beroleh kemajuan signifikan di bawah rangka kerja pembinaan komuniti berkongsi masa depan dua negara.

    Pada tahun 2024 ini, Malaysia memainkan peranan sebagai negara penyelaras hubungan China-ASEAN. Pada tahun 2025 pula, Malaysia akan mengambil alih tugas sebagai pengerusi bergilir ASEAN.

    Menyentuh perkara ini, Prof. Zhai Kun percaya bahawa China dan Malaysia berada di detik kritikal dalam pembangunan, dan perkembangan hubungan dua negara secara aman dan stabil akan membantu mengekalkan kedudukan penting ASEAN. Beliau juga menganggap perkembangan seumpama akan memupuk pendekatan multilateral yang sihat, menghubungkan jaringan ketersambungan yang sedia wujud dalam ASEAN, menggalakkan pembentukan tatanan secara aman dan bebas di Asia Tenggara, dan merealisasikan perkembangan dan evolusi ASEAN ke arah sebuah “dunia ASEAN”.

    Tambahnya lagi, kerjasama China-Malaysia bukan sahaja akan menjadi pemacu kerjasama China-ASEAN, bahkan akan menjadi paparan hubungan China-ASEAN, yang juga akan menyuntik kedinamikan terhadap keamanan, kestabilan dan kemakmuran serantau secara berterusan.

    Video

    Berita Berkaitan

    日本强奷中文字幕在线播放
  • <small id="eeeee"></small>
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • 
    
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • <sup id="eeeee"><code id="eeeee"></code></sup>